Download Epilog Syurga Cinta (lakonan rafidah ibrahim)

Lama betul xjenguk blog luzonsavana.net ni. tup2 dah masuk bulan ogos 2010. sekarang ni hari2 nk balik awal dari office.  gara2 slot drama terbaru TV3…. heeeeeeeee…. Drama Epilog Syurga Cinta la puncanya.

Drama Epilog Syurga Cinta adalah hasil adaptasi dari filem Syurga Cinta yang dahulunya dilakonkan oleh Heliza, Awal Ashaari dan adik Haziq. Manakala Drama Epilog Syurga Cinta ini dilakonkan oleh Fida (Rafidah Ibrahim), Zizan Nin, adik Mia Sara Nasuha dan ramai lagi.

Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Drama Epilog Syurga Cinta memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci. Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Shuhada.

Sikap liar Irham ditambah dengan hubungannya bersama Xeera, model terkenal menyebabkan ayahnya, Tan Sri Zakaria runsing memandangkan wartawan tak habis-habis mengorek berita hangat sehingga membabitkan nama baiknya. Ibu Irham, Puan Sri Mahani juga menentang hubungan Irham dan Xeera memandangkan dia sendiri mempunyai rancangan tersendiri untuk mengahwinkan Irham dengan anak perempuan Datin Linda, kawan baiknya yang dilihat lebih setaraf dan berstatus.

Episod 1 —- Download

Episod 2 —- Download

Episod 3 —- Download

Episod 4 —- Download

Episod 5 —- Download

Episod 6 —- Download

Episod 7 —- Download


Episod 8 —- Download

Episod 9 —- Download

Episod 10 —- Download

Episod 11 —- Download

Episod 12 —- Download

Episod 13 —- Download

Episod 14 —- Download

Episod 15 —- Download

Episod 16 —- Download

Episod 17 —- Download

Episod 18 —- Download

Episod 19 —- Download

Episod 20 —- Download

Episod 21 —- Download

Episod 22 —- Download

Episod 23 —- Download

Episod 24 —- Download

http://yanmieonline.com – asal idea

Ku mencari cari, detikkan semula……

Alhamdulillah, genap dua bulan aku sbg graduate uiam. Meniti saat mengejar masa dan waktu, bermula jua akhirnya tempoh percubaan aku dalam dunia percukaian. Hilmi Tax Consult sebagai medan petempuran, diri ini meneliti setiap gerak geir dan pancaroba arus pengurusan perniagaan yang ada. Walaupun dengan hanya sedikit shj bayaran utk keringat ini, namun hakikat pengalaman yang harus ku kendong ke sana ke mari. Laksana mentiti arus air yang tidak lurus, segalanya di adaptasi dengan tabah dan sabar.

Pengalaman…. itu yang harus ku genggam… perjuangan dalam business hari ku semai dan jiwai utk hari2 mendatang… Pengorbanan ibu dan ayah, menjadi azimat utk diri ni terus mendaki dan terus mendaki mengejar impian. Semoga suatu hari paling tidak dapat ku balasi jasa bonda ayahanda tercinta.. walaupun tidak sampai sebutir gula sebagai balasan dari jasa mereka..

Lamunan kadangkala tersentak dengan pelbagai alunan duniawi. Sedar tak sedar ku masih di sini.. Bidang percukaian, perakaunan ini akan menjadi titik tolak untuk ku terus mendongak ke langit mencari punca rezeki semaksima mungkin.

Doakan kejayaan aku…………

Mencuba dan terus mencuba

Sekian lama tidak berblog…. password weblog pn dh hampir lupa…. Sangat sibuk ngan pencarian kerja….  sedetik demi sejenak berlalu, tiada lagi panggilan utk konfirm masuk keje….atau lebih sinonim dgn istilah ‘lapor diri’…. Mungkin rezeki aku bukan pada minggu ni… insyaAllah, rezeki akan datang jua… lambat atau cepat itu ketentuan Yang Maha Esa…  

Pada pelawat2 semua, doakn utk diri ku…… semoga korang dapat berkat juga…..

 

*if ade bos2 besar yg bace post ni… inform me if ade keje kosong.. tq

Sedih pilu gumbira

Alhamdulillah, sudah 3 hari aku baru shj menghabiskan final paper… macam-macam asam garam hidup dalam dunia kampus di univerisiti.. Semoga segalanya berjalan lancar.. Kini aku bergelar penganggur.. mengorak langkah menyusun diri memperkemas jiwa utk harungi kehidupan bekerjaya.. semoga rezeki melimpahi diri ini dengan rezeki pekerjaan yg halal.. jauh dari elemen2 yg haram.. semoga Allah menjaga pintu hati ini..

Pada kawan-kawan semua, ampun maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap budi bicara, terlontar kelakuan yg tidak sepatutnya.. Kenangan bersama korang semua selama 2 di matrikulasi + 4tahun di degree…. semoga kita bajaya di dunia dan akhirat.. bangkit menyilang tradisi.. kuasai ekonomi.. kuasai segenap curuk industri di dalam dan luar negeri…

Kini menunggu keputusan dan seterusnya hari konvokesyen pada Oktober nanti.. Doakan kejayaan..

Ebook Percuma utk pembaca dan peminat blog

 

 

projek2010-luzonsavana.net
Ilmu pemasaran emel

Ilmu pemasaran affiliate

Ilmu pemasaran video

 Ilmu membina website

 Ilmu berblogging

 Ilmu berforum

Ilmu pengiklanan

Ilmu mencipta e-book dan produk-produk digital

                   Dan banyak lagi yang akan dipelajari

 ………..
klik sini utk download!!!

Cara-cara save file flash dari website

Banyak sekarang ini animasi dipaparkan dalam website utk tontonan secara online. Jadi bila offline xdapat la tengok. Dieorang ni guna macromedia flash utk wat animasi tersebut.. so kena guna plugin shockwave flash format utk certain-certain animasi utk play. Semua animasi flash tu sebenarnya boleh save pada harddisk kita. try cara dibawah ni..

Utk pengguna Modzilla Firefox:-

1) Klik ‘Tools’ – ‘Page Info’
2). Kemudian, klik tab ‘Media’ dalam tetingkap Page Info
3). Dalam tab ‘media’ tu ada senarai lengkap Image, CSS Files and Shockwave Flash files yang telah di downloadkan oleh Firefox browser masa loading page website tu…
4). Scroll ke bawah dlm senarai tersebut, cari file yg akhir dia berakhir dgn ‘.swf’
5). Klik button “Save As”. Kemudian save folder dalam  harddisk korang dan save je la…

Utk pengguna Internet Explorer:-

1) Mula2, klik ‘Tools’ – ‘Internet Options’
2) Dalam Tab ‘General’, klik button ‘Settings’ dekat Temporary Internet Files group.
3) Klik ‘View Files’ utk buka Temporary Internet Files folder.
4) Klik ‘View’ – Details.  Sekarang, klik ‘View’ – Arrange Icons By – Internet Address. Bergantung pada webpage tersebut, boleh ada satu atau lebih Flash files (Shockwave Flash Object)  pada alamat webpage tersebut.
5) Jika dah jumpa flash file yang berkennaan, right-click dan pilih ‘Copy’. Kemudian ‘paste’ .swf file tu dalam folder hardisk korang..

Selamat mencuba….

Melakar sejarah melangkah menuju arah

Salam pada semua, sudah agak lama tidak menulis… dan kini kembali utk sejenak… dalam beberapa minggu shj lagi degree akan ku gapai…. 4 tahun melayar bahtera pahit manis suka duka bersama uiam.. membuat aku sepi sendiri utk merentasi alam yg lebih mencabar tidak sampai sebulan shj lg…

Justeru, segala kekosongan dan ketidak sempurnaan harus ku isi lebih2 lagi dalam era merancana misi dan visi yang terlalu tinggi dan yang pasti Islam wajib di dahulukan.. mengorak arus yg lebih praktikal mengundang variasi nafsu dan ketamakan.

Tidak keterlaluan utk menyatakan 4 tahun mencongak erti di universiti belum cukup utk mengharungi cabaran dan rintangan pekerjaan yang lebih bingit dengan aroma duniawi dan hakiki. Tatkala memikirkannya, option dan pilihan yg datang adalah takdir dan segenap keputusan membawa implikasi seterusnya. Bukan utk minit ke minit, bahkan pilihan hari ni membawa output 20 tahun kemudian.

Semoga lembaran blog ini dapat menjadi satu olahan dalam setiap gerak langkah dan geri.

Siapa mula-mula cipta pen

Dalam sehari-hari menulis, melakar, menconteng dan sebagainya terfikir pulak nak tahu siapa kah gerangan penghidupan ini yang mereka pen sebagai alat tulis yang sangat penting untuk membuat catatan dari dahulu hingga ke hari ini. Walaupun dengan teknologi komputer yang canggih, semua ilham itu bermula dengan paranan sebuah pen.

Pada tahun 1819, John Scheffer adalah antara manusia terawal yang mencipta pen separuh bulu dan separuh logam. Manakala pen berdakwat pula telah dicipta sejak 1884 oleh seorang pejual insurans pada ketika itu yang bernama Lewis Waterman. Lewis mengenakan lubang pada penghujung mata pen bertujuan dakwat terus berhubung dengan kertas. Bahagian paling hujung mata pen direka supaya dakwat dikawal aliran keluarnya secara elok.

Selepas 1915, sejarah pen sudah berubah rupa fungsinya apabila dakwat boleh diisi sendiri oleh penulis. Dakwat diisi pada pangkalnya menerusi penyerap getah mudah lentur.

Terfikir juga, banyak idea dlm perisian komputer seperti adobe photoshop, macromedia flash, dan microsoft word di ambil prinsip asalnya dari sebuah pen. Teringat pula zaman sekolah dulu², ustaz selalu pesan selalu berpandukan pada sesuatu yg lama utk memperbetulkan yg baru….

Bahasa Lama Bahasa Ibunda

“Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa, barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah daripadanya”

dipetik daripada karyawan A.Samad Said

Dalam merongkai kehidupan sehari2, banyak benda yg kita dapat takluki. Kali ni aku terbaca ayat di atas ni… Banyak sebenarnya ungkaian maksud yang boleh diberikan… cuba korang berikan idea atau teka tentang apa yang di bincangkan, atau istilah matsaleh “what that statement refering to?”……..

Adakah Chat widget penting pada blog anda?

Trend masakini baru para bloggers Malaysia ni suka walkblogging. Lagi-lagi pada yang digelar ’nuff hunter’ ni. Aku pun sebagai newbie tak lari dari walkbllogging. Hampir tiap-tiap malam aku masuk blog-blog untuk cari maklumat, tengok susun nuffnang dan adsense, jelajah theme wp baru, selongkar business baru dan jugak meninggalkan jejak diri sebelum kuar.

Aku tidak tahu berapa banyak blog yang aku lawati. Secara kasarnya hampir 100 blog aku lawati purata setiap hari. Pada aku yang agak malas ni, untuk tinggalkan komen pada post adalah mustahil, jarang sangat aku komen.

So, aku suka blog yang ada chat widget atau ada yang panggilnya ’shout box’. widget ni senang, mudah untuk aku beri sepatah kata dan ianya pantas. Tanpa perlu login, hanya perlu nama, website kita dan ucapan kita.

Jaringan link kita pun semakin meningkat setiap hari kalau betul ianya digunakan. Banyak IM bersetuju dengan pandangan aku ni. Bawah ni senarai yang aku refer.

Aku sangat suka blog yang ada chat widget ni. Kalau boleh setiap blog ada pasang widget ni. Apa pun bergantung pada individu untuk menilainya. Ada yang suka tetamu tinggalkan komen dan link, ada juga yang perlukan privasi. Terpulang…..